RSS
Write some words about you and your blog here

TEORI-TEORI KOGNITIF

TEORI-TEORI KOGNITIF

PENGENALAN
Pada masa dahulu, apabila memperkatakan tentang sikap, manusia tidak dikaitkan dengan
bidang psikologi walaupun kajian terhadapnya telah dilakukan sekian lama. Pada awalnya, idea-
idea ahli psikologi memikirkan tingkah laku manusia dipengaruhi oleh naluri, diikuti pula
dengan teori tingkah laku yang mengatakan manusia menghasilkan tingkah laku adalah kesan
daripada pembelajaran kerana manusia dianggap seperti mesin dan minda manusia adalah
kosong. Setelah timbul kesedaran bahawa otak manusia adalah berfungsi untuk melahirkan
tingkah laku, maka lahirlah teori-teori yang mengkaji bagaimana minda manusia memainkan
peranannya. Berikut dengan itu juga kajian mengenai sikap dan tingkah laku manusia
dijalankan.
Pendekatan kognitif menekankan pada proses mental dalaman. Maklumat yang diterima
diproses melalui pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada
dalam ingatan. Penyatuan maklumat ini kemudian akan diubah dan disusun semula. Hasil
pemikiran bergantung pada proses mental dalaman tersebut. Ahli-ahli psikologi kognitif
menekankan bahawa kita bukanlah penerima rangsangan-rangsangan yang pasif. Sebaliknya
otak kita akan memproses secara aktif maklumat yang diterima dan menukarkan maklumat kepada bentuk atau kategori baru. Seseorang individu itu seharusnya memaksimumkan
penggunaan minda mereka supaya mereka dapat menjadi pemikir yang aktif. Sebagai manusia
yang telah dikurniakan otak untuk berfikir, kita seharusnya dapat bertindak balas degan
sewajarnya apabila menerima sesuatu maklumat dan bersedia pula untuk berubah sikap jika kita
dapati bahawa idea kita sebelum ini adalah salah atau negatif.

Teori-Teori / Model
Teori-Teori / Model yang membincangkan tentang perubahan sikap ialah :
1 Model Respons Kognitif (Kognitif respons Theory)
2 Teori Kognitif Percanggahan (Percanggahan Cognitive Theory )
3 Teori Perkembangan Kognitif (Cognitive Development Theory)

Latar Belakang Anthony G. Greenwald
Pelopor asas Teori Kognitif Respons ini ialah Anthony G. Greenwald. Dari tahun 1965 hingga
1986 beliau menjadi pembantu pensyarah di Jabatan Psikologi, Universiti Ohio. Kemudian,
beliau merupakan pensyarah di Jabatan Psikologi, Universiti Washington dari tahun 1986 hingga
sekarang.. Beliau pernah belajar di kolej Yale dan Universiti Harvard dan kemudian
memperoleh Ph. D beliau dalam tahun 1963. Beliau menjadi penyunting dalam Jurnal Personaliti
dan Psikologi Sosial dari tahun 1977 – 1979. Dari tahun 1998 – 2004, beliau memenangi
anugerah sains di Institut Kebangsaan Kesihatan Mental. Beliau juga mengarang beberapa jurnal
artikel yang memberi implikasi dalam sikap dan perubahan sikap, kognitif sosial, kognitif
ketidaksedaran, sikap dan kognitif sosial, penyelidikan metodeologi, ganjaran dan dendaan
pembelajaran, stereotaip, mengkategorikan pelajar dalam pendidikan tinggi, kawalan perhatian
dan tindakan manusia.

1 Model Respons Kognitif (Kognitif respons Theory)
Satu teori yang cuba menerangkan bagaimana manusia memperoleh dan berubah sikap mereka
apabila bertindak ke atas komunikasi berbentuk pemujukan. Teori memberi fokus kepada
kenyataan bahawa penerima sesuatu maklumat bukan sekadar memberi tindak balas terhadap
maklumat yang diterima, tetapi juga menggerakkan pemikirannya terhadap maklumat tersebut.
Apabila seseorang menerima sesuatu perkara, maklumat yang cuba memberi mesej tentang
sesuatu perkara, maklumat tersebut akan dihubung kaitkan dengan pengetahuan sedia-ada,
menjadikan pemikirannya bertindak balas secara aktif terhadap maklumat yang diterima.
Teori ini mula diambil perhatian oleh Anthony G. Greenwald pada tahun 1930 an. Kajian beliau
adalah berkenaan dengan perubahan sikap. Perubahan sikap ini berhubung dengan
pembelajaran, persepsi, fungsi dan konsistensi. Keistimewaan teori ini adalah teori ini diambil
daripada teori-teori yang lain dan dengan mengumpulkan teori-teori ini, maka muncullah apa
yang dikenali oleh Greenward sebagai Kognitif respons

Komponen di dalam Kognitif Respons :
Jika diminta untuk menyenaraikan hasil pemikiran seseorang yang bersesuaian dengan mesej
yang diberikan, didapati boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu :

1 Kekutuban
2 Asal

Kriteria Yang Terdapat dalam Kognitif respons Model
Terdapat empat kriteria yang menentukan Kognitif respons Model ini yang membezakannya
dengan kajian-kajian yang lain dalam mengkaji sikap. Kriteria- kriteria tersebut ialah :

I Peranan Produksi

II Kajian Multidimensi


i Teori Kualitatif
Kualitatif digunakan untuk menjangkakan sikap sama ada pro atau kontra terhadap sesuatu
maklumat dalam mencari struktur dalam pemikiran। Kualitatif melibatkan perangkaan.
ii Teori Berasaskan Ingatan
Apabila manusia berhadapan dengan sesuatu maklumat yang tidak dijangkakan, kognitif akan
mencari semula maklumat daripada stor ingatan dan kemudiannya cuba mengaitkannya dengan
maklumat yang baru diterima. Pendek kata, ia memberitahu kita apa yang mendesak seorang
ketika mereka berdepan dengan situasi yang tidak dijangka dan di desak untuk membuat
keputusan terhadap sikap mereka dengan objek –objek. Teori Berasaskan Ingatan adalah
bertentangan dengan teori pusat maklumat yang mana Pusat maklumat Teori ini cuma
menitikberatkan sama ada menerima atau menolak sesesuatu maklumat baru. Teori
Berasaskan Ingatan mengiktiraf bahawa penerimaan sesuatu maklumat daripada satu teks
tertentu adalah aktif dan bukannya pasif.
Implikasi Kognitif respons
Anthony G.Greenwald menghasilkan Kognitif respons pada tahun 1968 dan telah digunakan
dalam bidang pengiklanan oleh Peter Wright di dalam bidang pemasaran kerana ia
membekalkan pemahaman yang penting tentang pujukan dan lebih-lebih lagi cuba membuat
ramalan terhadap gangguan, ulangan dan isu-isu yang terlibat. Peter Wright mendapati bahawa
iklan mampu mengubah pemikiran pengguna dan seterusnya mempengaruhi sikap pengguna.
Beliau telah menggunakan kaedah lisan dalam kajiannya untuk mengukur kognitif respons
terhadap sesuatu iklan itu. Hasil dapatan Peter Wright, beliau menyusun kognitif respons ke
dalam tiga kategori iaitu :


KELEMAHAN MODEL KOGNITIF RESPONS
Satu masalah yang ketara dalam Model Kognitif respons ini ialah ia terlalu bergantung kepada
teori-teori yang lain. Satu teori tidak cukup untuk menerangkan perubahan sikap seorang
dengan berkesan. Terdapat satu perasaan yang menyeluruh bahawa teori ini cuba memahami
bagaimana perubahan sikap diperlukan, akan tetapi matlamat itu tidak jelas tercapai. Ia kelihatan
tidak mungkin untuk memahami dengan tepat bagaimana sikap berubah dan kemudian juga ia
tidak realistik dan diterangkan ke atas semua perubahan sikap. Selain itu, teori ini sangat bergantung kepada fakta bahawa perubahan dalam sikap
adalah sebagai kesan akibat daripada kesedaran dan proses pemikiran yang aktif.

0 komentar:

Poskan Komentar